Selamat Datang Ke ALC Temerloh..Jom Ngaji!!

CEPAT - MUDAH - BERKESAN!! Ustaz x tanya soalan pun!!

10 Kesitimewaan Teknik Al-Baghdadi

Jom belajar Al-Quran dengan Teknik AlBaghdadi... PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, June 2, 2014

KEM INTENSIF AL-QURAN DI ROMPIN


Sunday, January 20, 2013

Tawaran Program


Al-Baghdadi Learning Center (ALC) Bandar Temerloh menawarkan beberapa program :

1. Kelas TAMHIDI. Pengajian dari tahap asas. Kekerapan kelas seminggu sekali.

2. Kelas Talaqi. Pengajian peringkat lanjutan bagi mereka yang telah tamat di peringkat tamhidi. Kekerapan kelas seminggu sekali.

3.   Kem Intensif Al-Quran/Celik Al-Quran.

Kem Intensif Al-Quran biasanya diadakan kepada golongan dewasa,  pelajar tahap 2 sekolah rendah dan pelajar di peringkat menengah.  Terdapat juga permintaan kepada mahasiswa ipt, kolej, pengawas sekolah, badan dakwah dsb. Pengisian yang di dedahkan bagi memahamkan tentang ilmu Al-Quran serta beberapa teknik membaca Al-Quran dengan betul. Memandangkan pembelajaran Al-Quran tidak memadai dengan tempoh masa yang singkat, makanya di dalam program ini kami akan memdedahkan beberapa perkara asas  sebagai motivasi untuk terus menerus belajar Al-Quran.

Tempoh : 1 hari @ 2 hari @ 3 hari . Bergantung kepada kehendak.



Insya Allah ALC Bandar Temerloh menyediakan tenaga yang mahir dalam bidang al-Quran.

Senarai tenaga ALC Bandar Temerloh :

Penyelaras :  >>Mohd Izhar bin Daud al-Hafiz
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran & Qiraat al-Azhar
Syahadah Bahasa Arab, Mujamma’ Sheikh Ahmad Kiftaro, Damsyik Syria

Ahli :
>>Azraie bin Mohamed Saballah al-Hafiz
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran & Qiraat al-Azhar

>>Mohd Zarimi bin Abu Zih al-Hafiz
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran & Qiraat al-Azhar

>>Mohd Anuar bin Daud al-Hafiz
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran & Qiraat al-Azhar


>>Mohd Hasbullah bin Ismail al-Hafiz
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran & Qiraat al-Azhar

>>Mohd Muzil Adli bin Ne’mat al-hafiz
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran Sunnah  USIM,


>>Norashikin binti Akasah al-hafizah
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran & Qiraat al-Azhar

>>Siti Aishah binti Kamaludin al-hafizah
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Mahasiswi UKM, Pengajian al-Quran Sunnah

>>Zainab binti Abu Bakar al-hafizah
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran & Qiraat al-Azhar

>>Fatimah binti Mohd Som al-hafizah
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Al-Quran & Qiraat al-Azhar



Monday, January 7, 2013

ALC Bandar Temerloh bersama masyarakat daerah Lipis

Al-Baghdadi Learning Center (ALC) Bandar Temerloh telah menganjurkan program cuti sekolah bersama-sama Masjid Sultan Mahmud Lipis selama dua minggu. Sambutan dari masyarakat sekitar sangat menggalakkan. Mudahan usaha untuk menyebarkan ilmu al-Quran sentiasa dipermudahkan dan mendapat sokongan dari semua pihak..InsyaAllah.. Inginkan team ALC Bandar Temerloh berprogram di tempat anda?.. Hubungi Ustaz Izhar : 019 9413293


 Sesi Pendaftaran

Teknik Ketukan yang meransang minda







 Rehat





 Aktiviti Bermain sambil belajar yang menyeronokkan
 Playtime..
    

Sunday, January 6, 2013

Sekitar Program Cuti Sekolah 2012

Sempena  cuti sekolah yang lalu, Al-Baghdadi Learning Center (ALC) Bandar Temerloh telah berjaya mengadakan program Smart Al-Quran selama dua minggu. Kini ALC Bandar Temerloh membuka sesi pengajian untuk tahun 2013. Jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan kami. ALC Bandar Temerloh beroperasi di tingkat atas, Kedai Buku Al-Hidayah Temerloh. Hubungi : 019-9413293 (Ustaz Izhar)






Se

Thursday, November 1, 2012

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2012

Sempena cuti sekolah yang akan menjelang. ALC Bandar Temerloh akan menganjurkan program-program yang sangat berfaedah demi masa depan di dunia dan akhirat.

1. Program SMART AL-Quran

2. Program Talaqi Al-Quran 30 hari bagi yang telah pandai membaca al-Quran.



Saturday, July 21, 2012

Selamat Menghayati Ramadan


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.


Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.



Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Monday, July 16, 2012

10 Sebab Mengapa Perlu Belajar Al-Quran dengan Teknik AlBaghdadi


10 SEBAB MENGAPA PERLU BELAJAR ALQURAN DENGAN TEKNIK AL-BAGHDADI DI KELAB AL-BAGHDADI.
Mempelajari Asas Al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi mempunyai kelainannya tersendiri. Kelab Al-Baghdadi diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari teknik ini dengan lebih berkesan lagi . Terdapat 10 sebab mengapa kita perlu mempelajari asas al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi melalui kelab ini.
  1. 1.MUDAH
    Teknik Al-Baghdadi merupakan 1 teknik mempelajari asas al-Quran yang sangat mudah. Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sentisis) kita akan dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat.Seterusnya dapat membaca Al-Quran dengan baik.
  2. 2.PADATUntuk seseorang itu dapat membaca Al-Quran dengan sebutan makhraj yang betul, teknik ini hanya memerlukan 1 buah buku yang ringkas tetapi padat. Hanya terdapat 22 muka surat sahaja dalam buku Tamhid (asas) sudah cukup untuk mempelajari asas Al-Quran.
  3. 3.MENARIKTeknik ini sangat menarik kerana di dalam mempelajarinya, kita akan menggunakan kombinasi pancaindera penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kinestetik (pergerakan) dengan menggunakan beberapa peralatan seperti alat ketuk, kad imbasan dan permainan ‘Playtime’ yang tidak terdapat dalam kaedah-kaedah yang lain. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan.
  4. 4.CEPATOleh kerana bilangan mukasuratnya yang sedikit, secara lojiknya jika mempelajari teknik ini sebanyak 1 muka surat selama 1 hari, maka ia hanya memerlukan 22 hari sahaja untuk membolehkan seseorang itu dapat membaca al-Quran. Jika 1 muka surat dapat dikuasai hanya dengan 1 jam, maka ia hanya memerlukan 22 jam (kurang dari sehari) sahaja untuk dapat membaca al-Quran.
  5. 5.SESUAIKaedah TERBAIK ialah kaedah yang paling sesuai dengan seseorang itu. Ternyata dan terbukti Teknik Al-Baghdadi sesuai untuk semua golongan tanpa mengira perbezaan umur mahupun tahap pembacaan al-Quran seseorang. Bagi mereka yang masih belum tahu membaca al-Quran ,inilah pilihannya untuk mempelajari asas Al-Quran. Bagi mereka yang telah mahir al-Quran inilah teknik yang boleh digunakan untuk membantu orang lain mempelajari asas al-Quran.
  6. 6.TERBUKTITeknik Al-Baghdadi telah 3 tahun digunakan di Malaysia, ia telah membantu lebih 100,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna iaitu dengan bacaan secara ‘Tartil’. Kini masyarakat telah menerima teknik ini sebagai pilihan terbaik dan terkini. Banyak testimoni yang telah diperolehi mengenai kelebihan teknik ini.
  7. 7.YURAN BERPATUTANYuran untuk menyertai kelab Al-Baghdadi amat berpatutan. Dengan kadar bayaran serendah RM25.00 untuk 1 sesi pembelajaran selama 2 jam, ia sangat berbaloi. Tidak ada yang lebih berharga di dalam kehidupan seorang Muslim selain dapat membaca al-Quran dengan baik seperti apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.
  8. 8.MENGAKTIFKAN MINDAManusia dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran (minda)melalui otak. Otak kiri dan otak kanan mempunyi tugas dan fungsinya tersendiri. Melalui penggunaan alat ketuk dalam teknik Al-Baghdadi , minda kiri dan kanan akan terangsang secara fisiologinya kerana hasil kombinasi pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi 29 makhraj huruf hijaiyah . Proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan dapat memberikan fokus ketika belajar.
  9. 9.PILIHAN SESIProgram Kelab Al-Baghdadi di adakan di seluruh Al-Baghdadi Training Centre (ATC) dan Al-Baghdadi Learning Centre(ALC) yang terdapat di negeri dan daerah di Malaysia. Peserta boleh memilih sesi yang sesuai dengan pilihan mereka. Ada sesi pagi, sesi petang, sesi malam dan sesi hujung minggu.
  10. 10.PILIHAN LOKASIKini teknik ini boleh dipelajari di pusat-pusat pembelajaran al-Quran ATC dan ALC di seluruh negara. Pengambilan baru untuk sesi Julai 2012 telah dibuka. Kepada penduduk di sekitar bandar Temerloh & yang berdekatan bolehlah menghubungi 0199413293 / 0192546078. Selamat menyertai Kelab Al-Baghdadi.